Bacalah Anakku
Untuk Mengajar Membaca Dalam Bahasa Malaysia. Mula diperkenalkan pada tahun 1996 lagi. Disusun berdasarkan kaedah fonik. Pertama di Malaysia. Sangat berkesan. Sesuai untuk kanak-kanak seawal 3 tahun.
Kandungan Pakej:
-8 Buah Buku, 1 Buku panduan, dan 12 Keping Kad Imbas
Lagu Fonik Abu Ada Ayam
Lagu Fonik Abu Ada Ayam dapat membantu guru dan ibu bapa memperkenalkan bunyi kepada pelajar melalui nyanyian dan aksi-aksi asosiasi yang menyeronokkan. Bunyi-bunyi yang diperkenalkan dalam lagu ini adalah mengikut susunan bunyi yang diperkenalkan dalam buku Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.
Kandungan Pakej:
30 keping kad tunjuk & 1 buku mewarna
Link untuk video lagu abu ada ayam (bukan VCD)
Ukuran saiz kad : Lebar 14.8cm x Tinggi 21cm
FONETIK EKSPRES 1 dan 2
Buku Aktiviti Bacalah Anakku - Fonetik Ekspres 1 dan 2 merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid dalam usaha menguasai kemahiran membaca. Buku Aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi huruf-huruf serta kekuatan ingatan mental mereka. Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran kumpulan ataupun diselangselikan dengan permainan bahasa.